BENGKEL PENGHASILAN BLOGANJURAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN( PENGURUSAN PENDIDIKAN )SESI 2009/20111.
PENGENALAN
Media massa memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat masa ini. Penyebaran maklumat secara kontemporari khususnya penggunaan blog terbukti sangat berkesan sehingga mampu memberi impak yang tinggi termasuk berkongsi maklumat dengan individu, institusi mahu pun negara. Untuk seseorang itu mengakses laman blog adalah terlalu mudah dan murah. Keberkesanannya dalam menarik perhatian umum tidak dapat dinafikan. Justeru, kaedah ini seharusnyalah dimanfaatkan bersama ke arah kebaikan khususnya dalam memartabatkan dunia pendidikan.2. RASIONALKaedah kecairan dan sebaran maklumat telah berkembang dari menggunakan bahan cetak kepada bahan elektronik. Lebih efesien lagi bahan elektronik digabungkan dengan penggunaan digital khususnya melalui internet. Penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS), emel, blog, laman web dan portal tidak asing lagi terutama dalam kalangan anak muda zaman ICT ini.Sehubungan itu setiap warga pendidik seharusnya seiring dengan arus perkembangan ini dan bijak memanipulasikan kemahiran pengurusan blog agar objektif dan matlamat pendidikan lebih mudah tercapai.
3. OBJEKTIF
Melalui kursus ini, para peserta kursus diharap dapat ;
3.1 Menghasilkan bahan blog sendiri.
3.2 Menjadi pembimbing dan penasihat kepada rakan sejawat dalam menghasilkan blog.
3.3 Menyebar maklumat dan berkomunikasi melalui blog.
3.4 Merealisasikan ‘maklumat di hujung jari’ dalam kalangan wargapendidik.
4. KOMPONEN KURSUSTerdapat beberapa komponen dalam bengkel ini iaitu:
4.1 Ciri-ciri Blog
4.2 Pedagogi
4.3 Persembahan & Pemurnian
5. METODOLOGIKursus ini akan dijalankan dalam bentuk:
5.1 Pendedahan blog
5.2 Tunjukcara bina bahan
5.3 Perbincangan
5.4 Bengkel
5.5 Persembahan & Pembentangan
6. TARIKH DAN TEMPAT KURSUSKursus ini dijalankan selama 1 hari seperti berikut:
6.1 Tarikh : 15.10.2009(minggu ke-13)6.2 Masa : 2.00 ptg – 6.00 ptg6.3 Tempat : TMNU 356.4 Jadual : (Rujuk Lampiran JD1)7. KUMPULAN SASARANSeramai 30 peserta melalui PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKANRujuk lampiran A8. PENCERAMAH / PEMUDAHCARA8.1 En.Saharidun bin A.Rani9. PERASMI9.1 Dr.Khuan Wai BingKetua Jabatan Falkulti Perniagaan dan Ekonomi10. SUMBER KEWANGAN10.1 Yuran kelas11. KOS PENGURUSAN11.1 OS29000
- Makan Peserta 36 orang x RM5.00 x 1 hari = RM 165.00- Saguhati Fasilitator = RM 200.00- Pelbagai = RM 100.00- Jumlah = RM 415.0012 HASIL YANG DIHARAPKANAdalah diharapkan peserta dapat keyakinan menguruskan blog dan menjadi penulis blog di peringkat pengurusan nanti. Dengan terbinanya blog bagi setiap peserta adalah diharapkan system penyebaran maklumat dan pengurusan sekolah khususnya yang berkaitan kurikulum akan terurus dengan lebih efisien.
Khamis, 15 Oktober 2009
Kertas Kerja Penghasilan Blog
Rabu, 14 Oktober 2009
KURSUS ASAS BLOG
Langgan:
Catatan (Atom)